07 Mei 2009

Bawa perisian kemana-mana dengan pendrive.


Buka perisian kegemaran anda di mana-mana saja dengan adanya perisian portable app dalam pendrive / thumdrive / USB flash. Jika anda selalu menggunakan pelbagai komputer, tentu susah jika perisian yang ingin kita gunakan tiada dalam komputer tersebut dan kita kena memasang perisian itu dalam komputer itu.

Oleh itu, anda cuma bawa pendrive dan perisian tersebut boleh diakses dimana-mana saja komputer. Semuanya lengkap, operating system pun boleh pasang pada pendrive. Ada word processor, web browser, music/video player, pdf viewer, antivirus, game dan lain-lain lagi.

Pengenalan Portable App

Portable ialah benda yang boleh kita bawa kemana-mana dengan mudah. Manakala app pula ialah program komputer seperti web browser, spreadsheet, word processor, antivirus dan lain-lain.

Apa kata anda cuba perisian portableapps.com yang membolehkan perisian dipasang pada pendrive. Cuma muat turun dan pasang ke dalam pendrive dan bukannya lagi ke dalam komputer. Boleh pasang dalam pendrive, hard disk, iPod/MP3 player dan lain-lain. Belum cuba, belum tahu download sekarang!

0 ulasan:

Catat Ulasan