
Buka perisian kegemaran anda di mana-mana saja dengan adanya perisian portable app dalam pendrive / thumdrive / USB flash. Jika anda selalu menggunakan pelbagai komputer, tentu susah jika perisian yang ingin kita gunakan tiada dalam komputer tersebut dan kita kena memasang perisian itu dalam komputer itu.
Oleh itu, anda cuma bawa pendrive dan perisian tersebut boleh diakses dimana-mana saja komputer. Semuanya lengkap, operating system pun boleh pasang pada pendrive. Ada word processor, web browser, music/video player, pdf viewer, antivirus, game dan lain-lain lagi.
Pengenalan Portable App
Portable ialah benda yang boleh kita bawa kemana-mana dengan mudah. Manakala app pula ialah program komputer seperti web browser, spreadsheet, word processor, antivirus dan lain-lain.
Apa kata anda cuba perisian portableapps.com yang membolehkan perisian dipasang pada pendrive. Cuma muat turun dan pasang ke dalam pendrive dan bukannya lagi ke dalam komputer. Boleh pasang dalam pendrive, hard disk, iPod/MP3 player dan lain-lain. Belum cuba, belum tahu download sekarang!
07 Mei 2009
Bawa perisian kemana-mana dengan pendrive.
05 Mei 2009
Wallpaper (desktop background) 3D
Layari: www.bumptop.com atau www.tokyodownstairs.blogspot.com.
Download wallpaper atau desktop background 3D.
02 Mei 2009
Carian Google lebih pantas tanpa buka Internet Explorer.
Carian Google lebih pantas tanpa buka Internet Explorer. Download sekarang. Layari http://dqsd.com untuk maklumat lanjut. Selepas memasang (install), lihat seperti rajah di atas.
30 April 2009
Tutup Not Responding (Hang) Program
Kadang-kandang kita buka banyak program dalam satu masa dan akan berlaku program "hang" atau not responding. Oleh itu, kita akan buka task manager untuk tutup program tersebut. Terdapat kekunci pintas (shortcut) untuk tutup program not responding. Caranya adalah:
Klik kanan pada desktop.
Pilih Create Shortcut
Taip:
taskkill.exe /f /fi "status eq not responding"
Jika ada program not responding atau "hang", klik shortcut ini sahaja.
22 April 2009
Kongsi url laman web kegemaran anda.
Kongsi url laman web kegemaran anda. Contohnya laman web saya www.i26.web.officelive.com dipendekkan menjadi www.bit.ly/afiza.
Anda juga boleh kongsi url Youtube kegemaran anda menjadi pendek dan mudah diingati. Caranya mudah layari laman web www.bit.ly dan masukkan url laman web anda dan klik Optional Custom Name dan ubah mengikut kesukaan anda. Macam saya masukkan link: http://www.i26.web.officelive.com dan Optional Custom Name: afiza
21 April 2009
Lajukan Windows XP anda!
Lajukan Windows XP anda dengan langkah 3 langkah mudah.
1. * Pergi ke Start
* Klik Settings
* Klik Control Panel
* Klik 2X Add/Remove Programs
* Klik Add/Remove Window Components
* Kosongkan (Uncheck) Indexing services
* Klik Next
2. * Pergi ke Start
* Klik Settings
* Klik Control Panel
* Klik System
* Klik Advanced tab
* Dalam Performance tab click Settings
* Biarkan semua dibawah ditanda (ticked):
* -Show shadows under menus
* -Show shadows under mouse pointer
* -Show translucent selection rectangle
* -Use drop shadows for icons labels on the desktop
* -Use visual styles on windows and buttons
3. * Buka My Computer
* Klik on Tools menu
* Klik on Folder Options
* Klik on the View tab.
* Biarkan kosong (Uncheck)Automatically search for network folders and printers check box
* Klik Apply
* Klik Ok
* Mulakan semula (restart) komputer
20 April 2009
Tukar link email kepada link URL
mail@afiza.tk tukar kepada http://scr.im/afiza
Contohnya untuk menyembunyikan email anda daripada spam di laman web, anda boleh layari http://www.scr.im