20 Mac 2010

Ubah perkataan kepada logo



Anda tidak mahir Photoshop untuk edit perkataan kepada logo?
Layari: http://preview.text2logo.com/2.htm

07 September 2009

Rakam skrin desktop anda



Anda boleh gunakan untuk video tutorial mengajar sesuatu perisian. Cuma rakam skrin di depan komputer anda tanpa menggunakan kamera video. Muat turun CamStudio sekarang!

Atau klik sini untuk muat turun CamStudio.

22 Ogos 2009

Selamat Maju Jaya Cikgu Faridah

Selamat Maju Jaya Cikgu Faridah








14 Julai 2009

Cari MP3 pantas dengan Google

Copy paste kod di bawah di Google search engine:



intitle:index.of +”last modified” +”parent directory” +(mp3|wma|ogg) +"TAIP NAMA LAGU" -htm -html -php -asp



Ubah TAIP NAMA LAGU dengan lagu yang anda cari.

08 Julai 2009

Adobe Reader Selaju Notepad


Macam mana nak lajukan Adobe Reader 8.0/9.0 selaju notepad
Ini adalah tips bagaimana melajukan Adobe Reader 8.0/9.0 seperti notepad

Buka directory adobe reader:
C:\Program Files\Adobe\Reader 8.0\Reader
atau
C:\Program Files\Adobe\Reader 9.0\Reader

Buka folder plug-ins atau plug_ins, cut semua file dan folder dalam itu,
Selepas itu paste dalam folder optional.

Kemudian, cuba tengok, laju kan?

01 Julai 2009

Search engine peribadi


Buat enjin pencarian atau search engine sendiri dengan Google. Buka www.googlemyway.com.
Taip nama yang anda ingin untuk gantikan perkataan Google dengan nama anda.
Klik "Make it", kemudian klik "Go".
Contoh: www.googlemyway.com/Google SMKTBM

19 Jun 2009

Backup Fail Percuma 2GB

Mengapa backup fail penting?

Pengalaman ini pernah dialami kawan saya yang ada banyak pendrive. Dia backup dalam pendrive tu, malangnya pendrive tu hilang. Yang hilang tu bukan satu, tapi ada 3/ 4 pendrive yang hilang. Jadi gunakan medium internet sebagai tempat backup fail kita. Kemungkinan komputer kita rosak atau masuk virus hingga kena format lain. Oleh itu, backup fail penting supaya kita tak menyesal pada masa depan. Kita simpan fail sebenar dalam komputer, simpan salinan dalam disk D, simpan dalam pendrive, simpan dalam CD dan simpan salinan dalam internet.



Kemudahan simpan dalam internet?

Kita dapat buka atau muat turun semula fail salinan kita di mana-mana sahaja tempat yang boleh akses internet. Kita tak perlu fikir ruang mana di rumah nak simpan fail tersebut.

Di mana boleh simpan?

Banyak tempat di internet kita boleh simpan. Cuba taip di Google "free online storage". Sya lebih suka simpan di http://depositfiles.com/en/ sebab dengan satu klik sahaja, kita dapat simpan fail di internet. nada boleh memilih untuk mendaftar atau tidak mendaftar di internet. Anda boleh simpan "download link" fail anda selepas muat naik/upload.