19 Jun 2009

Backup Fail Percuma 2GB

Mengapa backup fail penting?

Pengalaman ini pernah dialami kawan saya yang ada banyak pendrive. Dia backup dalam pendrive tu, malangnya pendrive tu hilang. Yang hilang tu bukan satu, tapi ada 3/ 4 pendrive yang hilang. Jadi gunakan medium internet sebagai tempat backup fail kita. Kemungkinan komputer kita rosak atau masuk virus hingga kena format lain. Oleh itu, backup fail penting supaya kita tak menyesal pada masa depan. Kita simpan fail sebenar dalam komputer, simpan salinan dalam disk D, simpan dalam pendrive, simpan dalam CD dan simpan salinan dalam internet.



Kemudahan simpan dalam internet?

Kita dapat buka atau muat turun semula fail salinan kita di mana-mana sahaja tempat yang boleh akses internet. Kita tak perlu fikir ruang mana di rumah nak simpan fail tersebut.

Di mana boleh simpan?

Banyak tempat di internet kita boleh simpan. Cuba taip di Google "free online storage". Sya lebih suka simpan di http://depositfiles.com/en/ sebab dengan satu klik sahaja, kita dapat simpan fail di internet. nada boleh memilih untuk mendaftar atau tidak mendaftar di internet. Anda boleh simpan "download link" fail anda selepas muat naik/upload.

0 ulasan:

Catat Ulasan